10 March 2013


kehilangan..

Assalammualaikum..


kehilangan..
aku termanggu melihat tubuh si kecil yang kaku..
sayu aku melihat..
sedih? Ye aku memang sedih..
sempat aku menyeka air mata..
ku tatap wajah si anak kecil itu buat kali terakhir..
putih berseri..rambut kerinting..
hidung mancung..comel!- bisik hati ku..
tp sayang ..allah lebih menyanyangi dia..
pergi menghadap ilahi..
dia pergi dulu..seblom dpt merasa nikmat dunia..
dan kasih syg dari ayah dan ibunya..
“Nur Jannah”
Nama di beri..
Cukup mulia di sisi Mu ya Allah!!…

Aku beralih pada kakakku..
Wajah tenang..
Tp dlm hati mungkin dia sedih Cuma tak mahu di tunjuk..
Bukan minta untuk simpati
Aku tahu dia seorang yang cekal..
Penantian selama 2 tahun..
Dan 9 bulan..
9 bulan di dalam kandungan..
Siapa yang tidak sedih..
Jika aku berada di tempatnya..
aku juga dpt merasa apa yang dia rasa..

ku kucup wajah si kecil..
sejuk..
ya allah betapa beruntungnya dia..
tanpa sekelumit dosa..
jaminan tentu lah syurga bagi nya..

wajah sunggul abg ipar ku tatap..
hiba sedih baginya..
air matanya mengalir laju..
hati seorang bapa..
sekeras manapun akan teterwas juga..


sebelom pemergian Nur jannah..
doctor sudah memaklumkan kpd kakak dan abg ipar ku..
peluang untuk hidup amat tipis..
ini di sebabkan otak nya kekurangan oksigen..
jannah hanya bergantung kepada bantuan oksigen..
doctor telah berusaha sebaik mungkin untuk mnyelamatkan dia..
namun takdir yg mentukan..
terima dgn redha..

seblom itu kakak aku ada mnghntar msg kpd aku memberitahu perkembangan anaknya..

“slm..ma..anak aku x de peluang untuk hidup..
Aku sedih sgt ni..tp aku redha kalau itu dah kententuan allah.”

“aku baru balik tengok diam..memang x bergerak langsung,
Tapi yg nie lain sikit muka dr aira..padan la malam tadi aku mimpi..arwah mak n abah
Datang nak ambik anak aku…epul x bg cerita..dia duk menagis..aku nk buat macam mana..
Aku sendiri pun paru2 masalah..darah aku pun 6 pain hilang..nie 11 pain masuk darah orang lain..”

--hati ku bedebar2 x keruan..ya allah mungkin kah ini tanda2 nya..?..air mata laju membasahi pipi..—
Aku hanya mmpu memberi kata2 semngat kepada kakak ku..
Semoga dia tabah dan cekal menerima dugaan ini..


Jumaat 8/3/13

“mar..anak aku x de harapan..jap lagi doctor nk cabut tiub pernafasan ..”

“da cabut..aku pangku dia..aku redha..”

“salam..baby baru je meninggal dunia jam 3.40 petang” – abg ipar

Luluh hati aku membacanya..sebagai mana luluhnya hti seorang ibu..


Sabtu 9/3/13 – 10.00 a.m
tatapan terakhir sebelum dia mengadap ilahi..
Di tanah perkuburan islam sek 21 shah alam..
Perginya buat selama-lamanya..
Wajah tenang kakakku..
Tiada setitik air mata pun mengalir..

“Tabahnya hti kau mok..
aku taw ada hikmat di sebalik semua ini..
Kau beruntung jaminan kau tentu lah di syurga..
Kerana anak mu itu la penyelamat mu di akhirat kelak..
Dan kau di kalangan insan yang di pilih oleh allah..
Cuma bersangka baiklah dengan allah..
Setiap aturan ada kebaikannya..

 ---------------------------------------------------------------------
 syafaat bayi atau anak kecil yang meninggal dunia sebelum baligh :


1.akan terus masuk syurga.
2.akan dapat menolong orang tuanya kalau orang tuanya orang-orang beriman.
3.menjadi pelayan penduduk syurga sebagaimana berlian

------------------------------------------------------------------------

Di samping para malaikat dan Hurul-Aini (bidadari syurga), maka kanak-kanak yang meninggal dunia sebelum baligh juga menyambut kedatangan ibu bapanya di pintu syurga.

Sabda Rasullulah saw yang bermaksud : "Ketika aku mikraj ke langit, tiba-tiba aku mendengar suara kanak-kanak. Aku bertanya : " Wahai Jibril, siapakah mereka itu?" Jibril menjawab : Mereka adalah anak cucu orang Islam yang meninggal dunia sebelum baligh. Mereka itu diasuh oleh Nabi Ibrahim AS sampai orang tuanya datang."
(HR. Abu Daud)

Anak-anak orang Islam yang meninggal dunia pada waktu kecil, di alam Barzakh dia dikumpulkan pada suatu tempat di bawah penjagaan Nabi Ibrahim as. Setelah kiamat tiba, mereka langsung dipindahkan ke dalam syurga. Jadi mereka tidak melalui Mahsyar, hisab, mizan dan sebagainya.
Sabda Rasullullah SAW yang bermaksud : "Tiap-tiap anak orang Islam yang mati sebelum baligh akan dimasukkan ke dalam syurga dengan rahmat Allah."
(HR. Bukhari dan Muslim)
Setelah dipindahkan ke dalam syurga, maka anak-anak kecil ini lupa kepada kehidupan dunia. Mereka lupa kedua ibu bapanya, lupa kepada kampung halamannya dan sebagainya. Tiba-tiba pada suatu hari, ketika mereka sedang bermain-main menikmati kesenangan syurga, maka ada malaikat yang memberitahukannya: "Wahai Wildan, lupakah kamu kepada kedua orang tuamu? Sekarang mereka sudah berada di pintu syurga.
Ketika itulah baru mereka tahu dan ingat kembali kepada ayah bonda mereka yang selama ini mereka lupakan.
Mendengar apa yang dikatakan oleh malaikat itu, dalam keadaan menangis dan membawa air dengan segera mereka berlari menuju ke pintu syurga. Sesampainya di sana, mereka melihat Hurul-Aini sedang tegak berbaris sepanjang jalan dengan memakai pakaian dan perhiasan yang serba indah.
Setelah pintu syurga terbuka, dengan diiringi nyanyian merdu Hurul-Aini, maka orang-orang pun berebut masuk ke dalamnya, dan ketika itulah anak-anak kecil ini sibuk mencari kedua ibu bapanya. Mereka mencari ke sana ke mari, tetapi tidak berjumpa. Sambil menangis dan memgang air di tangan maka pergilah mereka kepada malaikat serta bertanya: "Wahai malaikat, mana ayah dan ibu kami?"
Menjawab malaikat: Wahai Wildan, sungguh malang nasib kamu, kedua orang tua kamu terjatuh ke dalam neraka." Mendengar ungkapan yang demikian itu, maka anak kecil tadi menangis sejadi-jadinya, menangis menghiba dengan ratapan yang menyayat hati: "Wahai ibuku, wahai ayahku, apakah kesalahanmu? Apakah dosamu sehingga kamu terjatuh ke dalam neraka? Begitulah ratapan mereka.
Berkata Malaikat: "Wahai Wildan jangan menangis, pergilah kamu memohon bantuan kepada Nabi Muhammad SAW." Setelah anak kecil ini mengadu kepada Nabi Muhammad SAW, maka Nabi Muhammad pun mengangkat kedua tangannya berdoa, lalu dikeluarkanlah orang-orang mukmin yang berda dalam neraka itu. Inilah syafaat Nabi Muhammad SAW yang ketiga di akhirat. Petama pada waktu ditimbang antara dosa dan pahala, yang kedua pada waktu meniti Shiratul Mustaqim yang ketiga ketika mengeluarkan orang dari dalam neraka. Maka ketika itu bertemulah antara anak-anak kecil tadi dengan kedua orang tuanya dengan perasaan gembira.

Firman Allah SWT yang maksudnya : "Pada hari itu mereka berjumpa dengan perasaan gembira. " (Ad-Dahr: 11) 
sumber:  http://myblessedlife07.blogspot.com


AL-FATIHAH

No comments:

Post a Comment